Norton 2010 pencegah jenayah siber

Menyedari hakikat terbabit, Symantec menghasilkan perlindungan lebih terperinci pada produk terbaru mereka iaitu Norton 2010 yang mempunyai pendekatan unik menghalang kegiatan tidak bermoral dalam online.

Pengurus Pemasaran Produk Serantau Asia Pasifiknya, David Hall, memaklumkan syarikat itu memperkenalkan model keselamatan terkini dengan nama kod Quorum yang mengesan virus berdasarkan pergerakan tertentu.



Quorum adalah senjata utama dalam perlindungan online kerana ia akan mengesan isyarat secara bersepadu mengenai kegiatan malware.



Kegiatan malware pada masa kini menggunakan isyarat unik yang berubah dan ia memerlukan perlindungan secara sistematik dan bersepadu dalam usaha menangkisnya.

Jenayah siber kini mengatasi penyeludupan dadah sebagai jenayah paling menguntungkan. Setiap tiga saat, kita akan menyaksikan identiti dicuri. Kita perlu menyedari jenayah siber tidak sekadar menghancurkan komputer malah hidup masyarakat.



Norton 2010 merangkumi perlindungan AntiVirus 2010 dan Internet Security 2010 yang dijual pada harga RM139 dan RM179 untuk tiga komputer.

0 Response to "Norton 2010 pencegah jenayah siber"

Catat Ulasan

Nanged Clik..;)