KAD ANTARAMUKA PRESTASI TINGGI

SYARIKAT teknologi, Advanced Micro Devices (AMD) melancarkan kad grafik ATI Radeon HD siri 5800 pertama di dunia yang menyokong standard permainan baru iaitu Microsoft DirextX 11.

Kad grafik yang mampu disesuaikan dengan sistem operasi Windows 7 dikatakan memberi pulangan berganda kepada pembelinya dengan prestasi dua kali lebih hebat berbanding model sebelum ini.




Siri 5800 merangkumi ATI Radeon HD 5870 dan 5850 yang didatangkan dengan memori 1GB GDDR5 untuk prestasi permainan lebih baik.

Sebagai produk pertama yang menyokong penuh DirectX 11 dibantu teknologi seperti ATI Eyefinity dan Stream, ia menjadikan sistem operasi baru Microsoft iaitu Windows 7 lebih sesuai untuk persekitaran permainan.

0 Response to "KAD ANTARAMUKA PRESTASI TINGGI"

Catat Ulasan

Nanged Clik..;)