Wednesday 30 December 2009

Kaspersky Mobile Secuirty



Terkini Kapersky Lab, peneraju dalam pembangunan sistem pengurusan keselamatan kandungan komputer memperkenalkan rangkaian sistem penyelesaian keselamatan terkini iaitu Kaspersky Internet Security 2010, Kaspersky AntiVirus 2010 dan Kaspersky Mobile Security 8.0.

Rangkaian berkenaan adalah lanjutan kejayaan produk 2009 yang mendapat pengiktirafan berjuta pengguna di seluruh dunia.

Rangkaian Kaspersky 2010 menggabungkan pelbagai kelebihan canggih seperti teknologi Sistem Kawalan Pencerobohan (HIPS) yang menilai keselamatan perisian yang tidak diketahui.



Teknologi maya Sandbox yang unik memberikan persekitaran keselamatan sepenuhnya untuk semua perisian.

Menggunakan konsep keselamatan yang semakin popular, rangkaian versi 2010 menggunakan perisian perosak yang dilengkapi dengan KSN dan pangkalan virus untuk mengenalpasti ancaman dalam talian dengan lebih pantas.

Kaspersky Internet Security 2010 memerlukan kurang daripada 40 saat untuk mengenalpasti program perosak yang dahulunya tidak diketahui dan menghalangnya.

Fungsi baru safe run produk Kaspersky 2010 berasaskan teknologi terkini Sandbox, pengguna dapat menjalankan aplikasi baru dalam persekitaran asing tanpa mendedahkan sistem operasi mereka kepada perubahan.

Kasperseky 2010 lebih pantas, efisien, mesra pengguna dan memberikan tahap perlindungan tertinggi terhadap aktiviti jenayah siber tanpa mengganggu prestasi komputer.

Produk ini boleh didapati di pengedar terpilih atau membeli dalam talian di www.antivirus365.net

Tuesday 29 December 2009

Sony Vaio series L



Produk desktop semua dalam satu (AIO) kini bertambah popular apabila Sony menawarkan siri VAIO L yang bersaiz skrin 24 inci peka sentuhan di samping hiburan menerusi definisi tinggi (HD).

Siri L turut menampilkan perisian Media Gallery yang memudahkan pengguna mengendalikan foto, video dan muzik di bawah satu ikon.



Peranti dengan sistem operasi Windows 7 itu mempunyai resolusi 1920 x 1080 piksel dengan definisi penuh (Full HD) yang dikuasai dua pembesarsuara 5.5W serta satu amplifier.

Berbekalkan pemproses grafik NVIDIA GeForce G210M, siri ini bakal menguasai rumah anda selain menjimatkan ruang yang terhad dalam kediaman.

Spesifikasi

PRODUK: Sony VAIO siri L
PEMPROSESAN: Intel Core2 Duo E8400
SISTEM OPERASI: Windows 7 Home Premium
SET CIP: Intel P43
MEMORI: 4GB DDR2 SDRAM
PAPARAN: HD Penuh 1920 x 1080
GRAFIK: NVIDIA GeForce G210M
PEMACU CAKERA KERAS: 500GB SATA
PEMACU OPTIKAL: Blu-ray, BD-R/-RE/-ROM/ DVD+-RW/+-R DL/RAM
DIMENSI: 429 x 582.4 x 190mm
BERAT: 12.5kg

Saturday 26 December 2009

Dell Inspiron 14Z lebih bertenaga


DELL Inc menampilkan komputer notebook Inspiron 14z yang cukup bertenaga dengan reka bentuk anggun lagi bergaya.

Pasti menarik perhatian siapa saja yang melihatnya, malah mudah dimasukkan ke dalam beg kerana saiznya yang bersesuaian.

Memiliki prestasi tinggi dengan paparan skrin bersaiz 14 inci, kad grafik pilihan 512 Megabait, pemacu cakera keras berkapasiti tinggi dan pilihan bateri enam sel yang mampu bertahan sehingga lapan jam.



Spesifikasi
PRODUK: Dell Inspiron 14z
CIP PEMPROSES: hingga Intel Core 2 Duo
SET CIP: Intel(R) GM45
SISTEM OPERASI: Windows 7
MEMORI: DDR2 SDRAM hingga 4GB 800MHz
GRAFIK: Intel(R) GMA X4500HD
SKRIN: 14 inci, 720p, 1366 x 768 HD TLF WLED
KAMERA: 1.3MP (pilihan)
CAKERA KERAS: hingga 500GB
CAKERA OPTIK: DVD +/-RW
PENYAMBUNGAN: Wi-Fi, Bluetooth, USB, VGA connector, RJ45
PEMBACA KAD MEMORI: 7 dalam 1
DIMENSI: 339.0 x 25.4/38.9 x 238.0mm
BERAT: 2.08kg

Amax, laman Malaysia Crime cegah jenayah



AMAX, pembekal perkhidmatan WiMax, hari ini membentuk jalinan kerjasama strategik dengan lama web Malaysia Crime sebagai sebahagian daripada usaha syarikat itu membantu membina masyarakat Malaysia yang lebih aman.

Kedua-dua syarikat itu bekerjasama dan mendapat sokongan daripada Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dengan menyalurkan maklumat mengenai statistik jenayah melalui lama web Malaysia Crime iaitu www.malaysiacrime.com dan www.amax.my.

Syarikat itu akan menggunakan kepakarannya dalam komunikasi bergerak berkelajuan tinggi untuk membantu dan menyokong PDRM melalui kerjasama dengan Malaysia Crime serta aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.


Sementara itu, Pemilik laman web Malaysia Crime berkata matlamatnya adalah untuk membantu rakyat Malaysia memerangi jenayah dengan menyalurkan maklumat yang terkini, tepat dan data masa kegiatan jenayah berlaku secara percuma dengan melayari kedua-dua laman web itu.

Laman web Malaysia Crime menggunakan rekod berita dan platform sumber daripada orang ramai untuk mengumpul data, membolehkan pengguna menjejaki kekerapan dan cara jenayah berlaku di sesuatu kawasan dengan menggunakan paparan di dalam peta negara.

Friday 25 December 2009

Logitech Anywhere Mouse M905


Pandangan atas

TETIKUS memainkan peranan penting dalam dunia perkomputeran untuk mengawal penunjuk pada skrin paparan yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.

Sejak ia diperkenalkan buat pertama kali pada 1981, tetikus mula mengalami evolusi dari penggunaan bebola sebagai penggerak hingga kaedah optikal yang mengesan kawalan tangan pengguna.

Kini, ia terus dievolusikan berasaskan teknologi laser yang mengesan pergerakan tanpa berkompromi dengan jenis permukaan.

Ini bermakna pengguna boleh menggerakkan tetikus di atas permukaan tidak rata berbanding penggunaan bebola.

Logitech antara pengeluar awal tetikus yang mempunyai produk berkeupayaan tinggi seperti yang diuji pada model M905.

M905 dikuasakan dengan teknologi tanpa wayar di atas frekuensi 2.4GHz yang tidak mengakibatkan kelewatan pada pergerakan tetikus.

Ia mengetengahkan inovasi Logitech melalui pengesan Darkfield yang dibangunkan dengan mengesan zarah mikroskopik dan kesan kasar pada permukaan fizikal.


Bahagian sisi

Butang skrol pada bahagian tengah peranti memudahkan penguna menggerakkan muka surat pada setiap laman web dengan mempercepatkan gerakan yang bersesuaian dengan kelajuan diinginkan.

Terdapat butang 'back' dan 'forward' pada sebelah kiri peranti yang membantu dari segi kepantasan ketika melayari Internet jika pengguna tidak mahu menggerakkan kursor.

Penguji juga mendapati tetikus M905 berupaya digerakkan walaupun pada jarak tiga meter dari penerima isyarat bersesuaian dengan kegunaan pejabat ketika melakukan pembentangan.

Malah, penerima isyarat kecil yang tidak memerlukan bateri disambung pada port USB tidak akan mencacatkan pemandangan komputer peribadi (PC) pengguna namun ia mengundang masalah besar jika hilang.

logitech Mouse M905

Tetikus Logitech direka bersesuaian dengan jari penguna dengan ciri ergonomik yang mengurangkan tekanan pada jari apabila menggunakannya untuk tempoh yang lama terutama ketika di pejabat.

Berat produk sebanyak 125 gram menyokong faktor kelajuan tidak menyukarkan pergerakan ketika saat genting seperti menaip laporan yang perlu disiapkan segera.

Di samping itu, produk Logitech M905 ini turut menggunakan bateri bersaiz AA yang dijangka bertahan sehingga empat bulan.

Spesifikasi

PRODUK: Logitech Anywhere Mouse M905
PENGELUAR: Logitech
PERTANYAAN: Kaira Technologies Sdn Bhd, Ingram Micro Sdn Bhd
TELEFON: 03-20261669, 03-79582180
LAMAN WEB: www.logitech.com

Friday 11 December 2009

Canon Pixma MP198


DENGAN keupayaan membaiki imej secara automatik dan permulaan yang pantas menjadikan Canon Pixma MP198 sebagai pencetak, penyalin dan pengimbas yang bakal menggegar pasaran pengguna baru.

Pencetak ini dilengkapi 1,472 penyembur dakwat dengan jatuhan sekecil dua pikoliter untuk memberikan ketepatan mencetak dokumen dan foto pada kelajuan 70 saat bagi saiz foto 4 x 6 inci.

Spesifikasi

PRODUK: Canon Pixma MP198

KEUPAYAAN: mencetak, menyalin, mengimbas
KELAJUAN MENCETAK: 19 helai seminit (teks), 70 saat (foto 4 x 6 inci)
RESOLUSI: 4800 x 1200dpi dengan teknologi FINE
JUMLAH NOZEL: 1,472
SAIZ JATUHAN DAKWAT: 2pl
PENYAMBUNGAN: USB 2.0
DIMENSI: 451 x 353 x 169mm
BERAT: 5.8kg

Thursday 3 December 2009

Inno3D 9800GT



Inno3D masih tetap pada kecepatan referensi yang diberikan oleh nVidia, iaitu 600MHz pada core, dan 1800MHz pada memori. Untuk kemampuan overclock-nya, grafik berkapasiti memori 1GB ini seperti biasa saja. Ketika di cuba, ianya hanya mampu mencapai kecepatan 700MHz pada corenya, dan 2000MHz pada memorinya.

Spesifikasi INNO3D 9800GT
Chip controller
NVIDIA GEFORCE 9800GT
Type interface
PCI-E x16
Memori video
1GB GDDR3
Clock grafik
600 MHz
Clock memori
180000 MHz
Waranty
1 tahun
Web site
www.inno3d.com

Tuesday 1 December 2009

Kingston HyperX Kit 8GB


Sebagai sokongan kepada pemproses i5 dan i7 terbaru Intel,Kingston turut mengeluarkan kit memori HyperX 8GB. Kit bersedia DDR3 XMP itu boleh didapati dalam frekuensi 1600- dan 1333 MHz serta beroperasi pada voltan serendah 1.65 volt. Katanya, kit memori ini dapat membantu meningkatkan keseluruhan kecekapan sistem operasi 64-bit termasuk Windows Vista dan Windows 7, membolehkan tugas maya mesin, pengekodan dan aplikasi berasaskan grafi k berjalan lebih pantas.



SPESIFIKASI
Kapasiti 8GB. 1600- 1333 MHz. 1.65v.Dioptimumkan Untuk XMP. Jaminan Seumur Hidup/ Sokongan Teknikal Percuma. Harga RM1,194 (KHX1600C8D3K4/8GX) / RM1,123 (KHX1333C7D3K4/8GX).