Amax, laman Malaysia Crime cegah jenayah



AMAX, pembekal perkhidmatan WiMax, hari ini membentuk jalinan kerjasama strategik dengan lama web Malaysia Crime sebagai sebahagian daripada usaha syarikat itu membantu membina masyarakat Malaysia yang lebih aman.

Kedua-dua syarikat itu bekerjasama dan mendapat sokongan daripada Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dengan menyalurkan maklumat mengenai statistik jenayah melalui lama web Malaysia Crime iaitu www.malaysiacrime.com dan www.amax.my.

Syarikat itu akan menggunakan kepakarannya dalam komunikasi bergerak berkelajuan tinggi untuk membantu dan menyokong PDRM melalui kerjasama dengan Malaysia Crime serta aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.


Sementara itu, Pemilik laman web Malaysia Crime berkata matlamatnya adalah untuk membantu rakyat Malaysia memerangi jenayah dengan menyalurkan maklumat yang terkini, tepat dan data masa kegiatan jenayah berlaku secara percuma dengan melayari kedua-dua laman web itu.

Laman web Malaysia Crime menggunakan rekod berita dan platform sumber daripada orang ramai untuk mengumpul data, membolehkan pengguna menjejaki kekerapan dan cara jenayah berlaku di sesuatu kawasan dengan menggunakan paparan di dalam peta negara.

0 Response to "Amax, laman Malaysia Crime cegah jenayah"

Catat Ulasan

Nanged Clik..;)