Logitech Anywhere Mouse M905


Pandangan atas

TETIKUS memainkan peranan penting dalam dunia perkomputeran untuk mengawal penunjuk pada skrin paparan yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.

Sejak ia diperkenalkan buat pertama kali pada 1981, tetikus mula mengalami evolusi dari penggunaan bebola sebagai penggerak hingga kaedah optikal yang mengesan kawalan tangan pengguna.

Kini, ia terus dievolusikan berasaskan teknologi laser yang mengesan pergerakan tanpa berkompromi dengan jenis permukaan.

Ini bermakna pengguna boleh menggerakkan tetikus di atas permukaan tidak rata berbanding penggunaan bebola.

Logitech antara pengeluar awal tetikus yang mempunyai produk berkeupayaan tinggi seperti yang diuji pada model M905.

M905 dikuasakan dengan teknologi tanpa wayar di atas frekuensi 2.4GHz yang tidak mengakibatkan kelewatan pada pergerakan tetikus.

Ia mengetengahkan inovasi Logitech melalui pengesan Darkfield yang dibangunkan dengan mengesan zarah mikroskopik dan kesan kasar pada permukaan fizikal.


Bahagian sisi

Butang skrol pada bahagian tengah peranti memudahkan penguna menggerakkan muka surat pada setiap laman web dengan mempercepatkan gerakan yang bersesuaian dengan kelajuan diinginkan.

Terdapat butang 'back' dan 'forward' pada sebelah kiri peranti yang membantu dari segi kepantasan ketika melayari Internet jika pengguna tidak mahu menggerakkan kursor.

Penguji juga mendapati tetikus M905 berupaya digerakkan walaupun pada jarak tiga meter dari penerima isyarat bersesuaian dengan kegunaan pejabat ketika melakukan pembentangan.

Malah, penerima isyarat kecil yang tidak memerlukan bateri disambung pada port USB tidak akan mencacatkan pemandangan komputer peribadi (PC) pengguna namun ia mengundang masalah besar jika hilang.

logitech Mouse M905

Tetikus Logitech direka bersesuaian dengan jari penguna dengan ciri ergonomik yang mengurangkan tekanan pada jari apabila menggunakannya untuk tempoh yang lama terutama ketika di pejabat.

Berat produk sebanyak 125 gram menyokong faktor kelajuan tidak menyukarkan pergerakan ketika saat genting seperti menaip laporan yang perlu disiapkan segera.

Di samping itu, produk Logitech M905 ini turut menggunakan bateri bersaiz AA yang dijangka bertahan sehingga empat bulan.

Spesifikasi

PRODUK: Logitech Anywhere Mouse M905
PENGELUAR: Logitech
PERTANYAAN: Kaira Technologies Sdn Bhd, Ingram Micro Sdn Bhd
TELEFON: 03-20261669, 03-79582180
LAMAN WEB: www.logitech.com

0 Response to "Logitech Anywhere Mouse M905"

Catat Ulasan

Nanged Clik..;)