Membina Tulang Yang Sihat



Makan, minum dan bermain dengan gembira untuk membina tulang. Ini adalah masa untuk bergembira. Anda ceria, muda dan seronok melakukan apa yang anda lakukan setiap hari. Teruskannya!!! Ia baik untuk tulang anda!!!

Setiap kali anda keluar menari, berlari, membeli-belah atau bermain bola sepak, anda sebenarnya sedang membina tulang. Mempunyai tulang yang kuat adalah penting kerana inilah masanya untuk anda mencapai jisim tulang yang maksimum.

Sambil anda membesar, tulang anda akan terus mengumpul jisim tulang. Jadi, semakin banyak jisim tulang yang anda kumpul, semakin kuranglah risiko anda menghidapi osteoporosis di kemudian hari. Tetapi bagi kebanyakan orang, jisim tulang maksimum dibina sebaik mereka mencapai umur 30 tahun.

Tetapi AWAS!!!



Osteoporosis adalah penyakit di mana anda kehilangan jisim tulang dan meningkatkan risiko keretakan. Ia biasanya terjadi kepada mereka yang berumur lebih 50 tahun dan biasanya hanya dikesan selepas tulang mereka retak atau patah. Jika anda fikir tulang anda akan pulih semula seperti sediakala seperti ketika anda jatuh (kejar-kejar) di zaman kanak-kanak, anda salah.

Rawatan bagi osteoporosis biasanya merangkumi melambatkan kemerosotan penyakit ini dan menghalang keretakan daripada berlaku lagi. Tetapi, pada masa yang sama, anda perlu hidup dengan keretakan yang sedia ada. Jadi, penjagaan tulang adalah sangat penting dan anda perlu terus berusaha mencapai jisim tulang maksimum dari sekarang.

Di sini terdapat beberapa cara untuk membina tulang yang sihat:

Dengan berjalan, berlari, berjoging atau bersukan seperti bermain bola sepak dan badminton, anda sudah pun melakukan senaman menahan berat yang paling efektif dalam pembinaan tulang. Senaman menahan berat adalah mana-mana aktiviti yang memaksa anda membawa berat badan sendiri dan meletakkan tekanan kepada tulang yang akan merangsang pembentukannya.

Jadi, teruskan bergerak kerana ia akan menguatkan tulang anda!!!

Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya juga merupakan sebahagian daripada pembinaan tulang sihat. Bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun, saranan pengambilan kalsium harian adalah 1,000 miligram (mg) manakala 800 mg pula disyorkan kepada mereka yang berumur antara 19 hingga 29 tahun.

Sayur-sayuran berwarna hijau gelap dan berdaun adalah sumber kalsium yang baik. Secawan kai lan atau pak choy Cina akan memberikan 100 mg kalsium manakala secawan brokoli pula memberi 40 mg.

Satu lagi cara mendapatkan kalsium adalah dengan mengambil ikan yang boleh dimakan tulangnya seperti ikan sardin dan ikan bilis, tetapi awasi pengambilan natrium (sodium) anda juga. INGAT!!! Garam yang terlalu banyak boleh menjejaskan tulang.

Bagi yang sentiasa sibuk dan memilih makanan sedia dimakan, anda boleh mengambil minuman yang diperkaya dengan kalsium seperti jus oren, minuman yogurt, minuman bermalt atau biskut dan bijirin yang kaya dengan kalsium.

OK..Selamat Mencuba..
"Ceriakan hidup anda dengan tulang yang sihat"

0 Response to "Membina Tulang Yang Sihat"

Catat Ulasan

Nanged Clik..;)