Pemacu HDD Bersaiz Poket


Passport Essential

Pemacu HDD bersaiz poket ini memang cukup popular dan kali ini dengan rekaan lebih kecil, pintar, selamat dan bergaya pasti akan menarik perhatian lebih ramai pengguna. Seperti mana pemacu keras luaran terbaru WD yang lain, Passport Essential ini turut dilengkapi perisian WD SmartWare dan ciri enskripsi berasaskan perkakasan. Ianya bersaiz 20 peratus lebih kecil berbanding sebelumnya dan dilengkapi perlindungan kata laluan 256-bit serta gambaran salinan data dari semasa ke semasa yang boleh diikuti oleh pengguna.


Rekaan yang lebih kecil yang senang dibawa dan disimpan
Spesifikasi :

- Kapasiti 320GB/ 500GB/ 640GB.
- Enskripsi Perkakasan 256-Bit.
- Antara muka USB 2.0/ 480 Mbps (Max).
- Ciri Plug n Play/ Perisian WD SmartWare.
- Warna Biru/ Merah/ Perak/ Putih/ Hitam.
- Saiz 110x83x15mm/ 200g.

0 Response to "Pemacu HDD Bersaiz Poket"

Catat Ulasan

Nanged Clik..;)