Averatec N1200 dicipta sebagai netbook ternipis dan paling ringan di pasaran.


Teknologi memang membuatkan hidup lebih mudah dan sederhana. Kalau di industri laptop, ukuran laptop boleh dijadikan acuan prestasi penjualan. Semakin nipis dan ringan sebuah laptop, tentu akan lebih menarik minat para pembeli.

Perusahaan TriGem baru saja melancarkan netbook Averatec N1200 yang dicipta sebagai netbook berukuran 10 inchi yang ternipis dan paling ringan di pasaran. Ini kerana netbook ini tebalnya tidak sampai 1 inci atau tidak sampai 22.9 mm. Netbook N1200 ini disiapkan dengan processor Intel Atom N450 berkepantasan 1.66GHz, chipset Intel NM10 dan 1GB RAM.


Netbook ini terbahagi menjadi 5 model. Untuk model N1231EA1E-1S (Silver) dan N1231EA1E-1B (Bronze) dilengkapi dengan sudah mempunyai sistem operasi Windows XP Home. Model N1231EE1E-1 (Silver) dilengkapi dengan kapasiti hardisk 160GB dan mempunyai operasi Windows 7 Starter. Manakala model N1231FE1E-1S (Silver) dan N1231FE1E-1 (Bronze), dilengkapi dengan kapasiti hardisk 250GB dan mempunyai operasi Windows 7 Starter.

Semua model berukuran layar 10 inchi dengan resolusi 1024×600 LED-backlit. Selain itu dilengkapi juga dengan webcam 1.3 Megapixel serta Wi-Fi. Khusus model N1231FE1E-1S dan N1231FE1E-1 ditambah lagi dengan Bluetooth dengan daya tahan bateri selama 6 jam ketika dipakai karana sudah dilengkapi dengan bateri 6 cell.



By,

0 Response to "Averatec N1200 dicipta sebagai netbook ternipis dan paling ringan di pasaran."

Catat Ulasan

Nanged Clik..;)