Thursday 29 April 2010

Kabel Rangkaian

Pada Entry kali ini diterangkan pula tentang kabel yang digunakan dalam rangkaian komputer. Terdapat beberapa jenis kabel rangkaian yang biasa digunakan iaitu:

Jenis-Jenis Kabel Rangkaian

Selain itu juga, setiap kabel mempunyai perbezaan dari kecekapan dalam penghantaran data. Ada diantaranya mempunyai kelajuan yang cepat dan sebaliknya. Bagi memahami lebih lanjut, lihat pada rajah ini:
Kecekapan Jenis Kabel

Disamping itu, setiap kabel juga mempunyai keserasian yang sama dan ada juga yang berbeza.

Keserasian Kabel Rangkaian


by,

Monday 26 April 2010

Topologi 3 (Bus)


Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang, yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

Komunikasi

Komputer di dalam topologi ini berkomunikasi dengan cara mengalamatkan data kepada satu komputer tertentu dan kemudian meletakkan data tersebut pada kabel dalam bentuk isyarat-isyarat elektronik. 3 konsep perlu diambil kira supaya komputer dapat berkomunikasi di dalam rangkaian bas.

Penghantaran Isyarat

Data dalam rangkaian berada dalam bentuk isyarat elektronik, ia dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam tempoh satu masa.

Data dihantar ke semua komputer, tetapi hanya diterima oleh komputer beralamat serupa.

Oleh kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka ini akan memberi kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan komputer dalam rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan menjadi semakin perlahan.


Selain itu, ada juga faktor lain yang mempengaruhi kelajuan rangkaian, antaranya:

  • Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian.
  • Jumlah kekerapan komputer menghantar data.
  • Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian.
  • Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian.
  • Jarak di antara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian.

Lantunan isyarat

Data yang berupa isyarat elektronik yang dihantar ke seluruh rangkaian akan bergerak dari pangkal hingga ke hujung kabel rangkaian. Jika isyarat ini tidak dihentikan, isyarat ini akan melantun ke hadapan dan ke belakang di sepanjang talian tersebut. Ini akan menyebabkan komputer lain tidak dapat menghantar isyarat atau data. Maka dengan itu isyarat ini harus dihentikan setelah ia sampai ke alamat yang dituju.

Penamat

Untuk menghentikan isyarat ini dari melantun, penamat (terminator) diperlukan pada kedua-dua hujung kabel tersebut. Penamat ini berfungsi untuk menyerap isyarat yang telah dihantar agar ia tidak melantun dan mengganggu komputer lain yang sedang menunggu giliran untuk menghantar data.

Kelebihan dan kelemahan topologi bas

Kelebihan

  • Mudah dilaksanakan
  • Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera)
  • Kos yang murah
  • Lebih efektif kerana menggunakan satu kabel
  • Kerosakan mudah dikesan

Kelemahan

  • Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
  • Panjang kabel dan bilangan komputer terhad
  • Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan



by,

Thursday 22 April 2010

Topologi 2 (Cincin)

Sumber gambar dari en.Google

Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.

Sumber gambar dari en.Google

Oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan. Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari topologi cincin. Rangkaian FDDI dapat mengatasi kelemahan dengan penghantaran data mengikut arah jam dan arah lawan jam membentuk cincin: jika berlaku kegagalan data akan dihantar balik untuk melengkapkan cincin sebelum ia sampai dihujung kabel, ia bertindak menyelenggarakan sepanjang setiap nod seperti “cincin C”. Protokol rangkaian 802.5 — juga dikenali sebagai rangkaian gelang token IBM — juga mengelak kelemahan tersebut: mereka menggunakan topologi bintang pada lapisan fizikal dan unit akses pelbagai stesen untuk meniru cincin pada lapisan pautan data.

Banyak rangkaian cincin menambah satu “kaunter cincin berputar” untuk membentuk satu topologi berlebihan.



by,



Monday 19 April 2010

Topologi 1 (Star)




Topologi bintang
ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab/Switch. Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab.Setiap komputer di dalam topologi bintang berkomunikasi dengan hab pusat yang akan menghantar utusan sama ada kesemua komputer (dalam rangkaian bintang atau hanya kepada destinasi komputer tertentu sahaja (dalam rangkaian bintang. Hab dalam rangkaian bintang terdiri dari dua jenis iaitu jenis atau pasif.


Kelebihan
  • Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
  • Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang. Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
  • Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.

Kelemahan
  • Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hab gagal berfungsi.
  • Memerlukan peranti di pusat bintang untuk atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.
  • Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.

by,


Friday 16 April 2010

Jenis LAN


Sumber gambar dari en.Google

Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:

1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
  • Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi.
  • Jenis-jenis palayan:
* Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
* Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
* Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
* Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
* Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.


Sumber gambar dari en.Google

2. Antara pengguna-pengguna (Peer to peer)
  • Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.
by,



Teknologi


Sumber gambar dari en.Google
Teknologi
merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Perkakasan
komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.

Perisian
komputer seperti sistem operasi(OS) yang popular termasuk Linux,UNIX,Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.


Sumber gambar dari en.Google

Dari segi komersial dan pembangunan sistem,perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:

Perisian Bebas / Sumber Terbuka
Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux,FreeBSD, dan Open Office.

Perisian Komersial / Sumber Tertutup
Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.

Sistem Telekomunikasi
merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:

Protokol / Senibina Telekomunikasi
- TCP/IP, OSI dan SNA, dsb.

Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian
- ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb.

Teknologi Media Penghantaran
- Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit.


by,



Wednesday 14 April 2010

Definasi Rangkaian


Sumber gambar dari en.Google

Rangkaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancaran infra merah atau satelit.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)

1. Berkongsi Fail
  • Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
2. Memindahkan Fail
  • Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
3. Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
  • Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
4. Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
  • Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
5. Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
  • Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
6. Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
  • Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

by,



Tuesday 13 April 2010

Kegunaan RAM..


Sumber gambar dari en. google

Entry kali ini adalah sambungan daripada entry lepas yang menerangkan RAM..sO,kali ini pula diterangkan tentang apakah kegunaan RAM?..

Kegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan. Oleh itu, RAM hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan cakera keras atau cakera optik yang mempunyai ingatan secara kekal. RAM digunakan kerana ingatan (memory) sementara tersebut boleh dicapai dengan rawak dangan kadar yang lebih pantas.


Sumber gambar dari en. google

Oleh itu, lebih besar ruang (diukur dengan Bait) dan kelajuan (diukur dengan Hertz) sesuatu RAM sangat mempengaruhi potensi sesebuah komputer.Jumlah kapasiti yang lebih besar diperlukan dalam perisian-perisian CGI, permainan berkomputer dan simulator. Ini adalah kerana perisian tersebut lebih banyak menyimpan ingatan sementara.“Ingatan fizikal” ialah jumlah kapasiti memori yang dimasukkan ke dalam komputer iaitu modul-modul RAM. Manakala “ingatan maya” ialah jumlah kapasiti memori secara maya. “Ingatan maya” ditempatkan di dalam cakera keras sebagai pengganti “ingatan fizikal”/RAM apabila kapasitinya sudah penuh.

Namun, “ingatan maya” mempunyai kadar perpindahan data yang lebih rendah berbanding “ingatan fizikal”.Secara umumnya, jumlah optimum ruang cakera keras yang perlu diperuntukkan untuk dijadikan ruang ingatan maya ialah bersamaan 1.5 kali jumlah ingatan fizikal yang dipasang pada komputer, contohnya jika komputer anda dilengkapi dengan 1 GB RAM, anda perlu memperuntukkan sebanyak 1.5 GB ruang cakera keras untuk dijadikan ruang ingatan maya.



by,



Wednesday 7 April 2010

What is RAM?


Rajah menunjukkan beberapa jenis RAM


Random Access Memory (RAM) ialah sejenis bentuk storan data komputer. Lazimnya ia merupakan gabungan beberapa litar bersepadu di atas satu modul. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas papan induk.

Jumlah kapasiti pada sesuatu modul RAM itu biasanya gandaan dari angka dua. Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur RAM pula ialah Megabait (MB). 1 MB bersamaan dengan 100 Kilobait (KB). Contoh kapasiti modul RAM ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Kebanyakan papan induk mempunyai sekurang-kurangnya 2 slot modul ingatan. Ini membolehkan beberapa modul ingatan dimasukkan di atas papan induk (bank ingatan).

Teknologi “saluran duaan” berteraskan kepada dua modul yang kecil untuk membentuk satu kapasiti yang besar. Ini membolehkan capaian data pada kadaran yang lebih cepat. Misalnya untuk memiliki jumlah sebanyak 512 MB, kadar capaian data untuk dua keping modul 256 MB adalah lebih cepat berbanding dengan satu memori modul sebanyak 512 MB.

Apakah kegunaan RAM?..
Akan dijelaskan pada entry yang akan datang..

by,



Saturday 3 April 2010

Telefon Bimbit


Sumber gambar dari Google

Pada entry yang lepas telah diterangkan mengenai telefon dan sejarahnya. Tetapi zaman telah banyak berubah dan terus maju. Maka telefon bimbit pula yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia. So,apakah itu telefon bimbit?..Hmm..OK..Telefon bimbit( juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar ) adalah merupakan peranti elektronik, mudah alih yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas(SMS) bagi perutusan teks,penukar paket bagi capaian Internet,bluetooth, infrared,kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia ("Multimedia Messaging Service-MMS")bagi menghantar dan menerima gambar dan video .Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan ("tapak sel"), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam ("public switched telephone network-PSTN").


by,




Friday 2 April 2010

Telefon


Sumber dari Google

Telefon berasal daripada bahasa Yunani iaitu "tele" = (jauh) dan "phone" = (suara).Ia adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaannya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat (secara bebas). Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat elektrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang penggunaan telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran berdasarkan tempoh penggunaan bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon. Telefon telah diciptakan sejak tahun 1876 oleh Alexander Graham Bell yang membolehkan seluruh dunia berhubung antara satu sama lain walaupun mereka berjauhan. Teknologi telekomunikasi berkembang dengan pesat dan inovasinya diperbaharui oleh individu tertentu bagi memudahkan manusia untuk berhubung.

by,




Transmute?

Apakah Transmute? Transmute merupakan satu aplikasi percuma yang membolehkan pengguna memindahkan Bookmark/Favorites dalam komputer tersebut.

Pengguna cuma perlu muat turun perisian percuma ini dan ekstrak terlebih dahulu fail zip tersebut. Selepas itu, sila double click mana-mana fail untuk memulakan pemasangan. Selepas selesai pemasangan perisian ini, jalankannya seperti biasa.

Antaramuka seperti berikut akan didapati.

Transmute Screenshot

Anda boleh memilih mana-mana pelayar web yang digunakan untuk dieksport Bookmark/ Favorite. Buat masa ini, hanya pelayar yang tersenarai sahaja yang disokong. Antara pelayar web yang popular adalah Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari dan Opera serta tidak ketinggalan Internet Explorer dan Chromium. Jika kebetulan anda menggunakan pelayar ChromePlus (pelayar berasaskan Chromium), sokongan masih belum ada buat masa ini.

Perisian ini kecil sahaja, tidak menggunakan ruang storan yang besar, tidak memberatkan komputer anda dan bersih daripada virus dan malware.

Untuk mendapatkan aplikasi ini anda boleh klik sini

Selamat mencuba!

Sumber petikan : http://itinfo.uthm.edu.my/

by,