Monday 31 May 2010

Samsung H03 LED Projector Pico Mini


Samsung telah meluncurkan projektor pico LED baru iaitu H03 yang memiliki berat kurang dari 210 gram di UK. Produk Samsung H03 ini memiliki tahap kecerahan yang tinggi dan memiliki bentuk menampilkan yang terdiri daripada file PDF, TXT, HTML, MPEG, dan JPEG.

Samsung H03 ini juga dilengkapi lampu LED yang memiliki ketahanan hidup 30.000 jam serta speaker yang berintegrasi.

Projektor mini ini juga memiliki D-sub, AV composite input, jack headset, USB port serta slot SD Card.

by,

Wednesday 26 May 2010

Laptop boleh terbakar dari bateri.


Gambar hanya contoh dari en. google

Pengeluar komputer Hewlett-Packard (HP) menarik kembali peredaran ribuan bateri laptop HP dan Compaq miliknya setelah mendapat laporan bahawa terdapat orang cedera terbakar akibat letupan pada bateri laptop tersebut.Kali ini, ada 54 ribu unit bateri lithium-ion yang ditarik dari pasaran. Sebelumnya, HP juga telah menarik 70 ribu bateri untuk siri yang sama.

Perintah untuk menarik ribuan bateri laptop yang terbakar itu diperintahkan oleh Consumer Product Safety Commission (CPSC) di AS.Menurut juru bicara CPSC, Scott Wolfson, ada 38 laporan yang mengemukakan kes ini.

"Selebihnya ada sebelas orang yang mendapat luka ringan akibat terbakarnya bateri tersebut," katanya. Bateri laptop HP dilaporkan terbakar bila dicharge terlalu lama. Menurut Wolfson, industri harus mengambil tindakan segera untuk memperbaiki masalah ini.

HP sendiri terkilan kerana permasalahan pada bateri hanya menimpa produk-produk HP yang dipasarkan dalam tempoh Ogos 2007 hingga Julai 2008. Oleh itu, pilihlah produk yang tidak mengancam keselamatan..

by,

Monday 24 May 2010

ThinkPad W701 dan ThinkPad

LENOVO mencipta sesuatu yang menarik bagi mereka yang mementingkan pelaksanaan dan produktiviti hebat menerusi stesen kerja mudah alih ThinkPad W701 dan ThinkPad.

Siri W ini diperkasakan oleh pemproses Intel Core siri i7 bersama Intel Turbo Boost dan teknologi Intel Hyperthreading.

Teknologi ini membantu pengguna mencapai kepuasan kerja walau pun siri W ini cuma bersaiz 17 inci. Ia amat sesuai kepada profesional yang terbabit dengan teknologi rekaan komputer dan ciptaan kandungan digital bagi memastikan penggunaan warna sama seperti yang ditonjolkan.

Stesen kerja mudah alih ini turut mempunyai binaan dalaman sistem bunyi WACOM. Ia amat popular bagi aplikasi perisian persendirian, Dassault Systems CATIA, SolidWorks, PTC Pro/E dan sebagainya.


Lenovo ThinkPad W701ds


Spesifikasi

PRODUK: Lenovo ThinkPad W701ds
HARGA: RM 19,999
PEMPROSESAN: 1.60GHz Intel Core i7 Extreme (6M)
SISTEM OPERASI: Windows 7 Professional
MEMORI: 16GB DDR3, 4 SoDIMM
HDD: 320GB (5400rpm)
GRAFIK: NVIDIA Quadro FX 3800M
SAIZ SKRIN: 17 inci WUXGA (RGB-LED-BL), 100% NTSC Color Gamut, 280 Nit, skrin kedua 10.6 inci WXGA (LED-BL)
SAMBUNGAN: DisplayPort, rangkaian 3G, WiFi, Gigabit Ethernet, USB 3.0, DVI (Dual Link), VGA, eSATA
BATERI: 9-sel Li-ion



Lenovo ThinkPad W701

Spesifikasi

PRODUK: Lenovo ThinkPad W701
HARGA: RM 18,999
PEMPROSESAN: 1.60GHz Intel Core i7 Quad Core (6M)
SISTEM OPERASI: Windows 7 Professional
MEMORI: 16GB DDR3, 4 SoDIMM
HDD: 320GB (5400rpm)
GRAFIK: NVIDIA Quadro FX 2800M
SAIZ SKRIN: 17 inci WXGA (LED-BL), 100% NTSC Color Gamut, 280 Nit
SAMBUNGAN: DisplayPort, rangkaian 3G, WiFi, Gigabit Ethernet, USB 3.0, DVI (Dual Link), VGA, eSATA
BATERI: 9-sel Li-ion

Sumber dari :
www.hmetro.com.my/


by,

Thursday 20 May 2010

Kehadiran Hotmail yang lebih canggih



Microsoft kini sedang mencuba untuk membuat Hotmail yang bergaya serta layak digunakan oleh sesiapa sahaja. Web mail ini akan segera berubah dalam waktu terdekat ini. Tetapi tarikh keluarannya tidak diketahui lagi.

Microsoft akan memberikan pendekatan baru ke atas Hotmail yang dipercayai akan membuat Hotmail lebih unggul dibandingkan dengan pesaingnya yang lain iaitu Yahoo mahupun Google.

"Upgrade" itulah yang diharapkan akan tersedia secara automatik dengan menyunting pesanan masuk ke dalam kategori yang berbeza iaitu kepada ruangan pengguna dan jaringan sosial yang digunakan. Hotmail juga akan menyediakan preview foto, video dan material lain yang masuk ke email tanpa harus membuka lampiran atau meng-klik link.

Selain itu, ia juga akan ditambahkan dengan fungsi yang cukup bagi mempermudahkan dalam mengirim foto, video, dokumen, dan lampiran lain ke e-mail penerima. Selain itu juga, ia akan membuatkannya lebih mudah untuk digunakan .

Perubahan baru itu memungkinkan pengguna mendapat penjimatan masa dalam mengelola inbox email.Malah, lebih banyak masa dapat dinikmati dalam menyunting isi pesanan.

Oleh itu, nantikan keluarannya dan rasailah kelainannya...


by,

Wednesday 19 May 2010

TimelineX Lebih Kuasa

TIMELINE X seberat 2.2 kilogram dan setebal 24 mm amat sesuai bagi pengguna yang banyak bertugas di luar.


PERANTI komputer riba merupakan aksesori penting dalam kehidupan masyarakat hari ini untuk mempermudahkan lagi perjalanan kehidupan mereka.

Dengan adanya komputer riba, pengguna dapat menjalankan urus niaga, pembentangan mesyuarat atau melayari Internet di mana sahaja dengan lebih mudah.

Bagaimanapun, komputer riba yang tidak mempunyai ciri-ciri seperti ringan, nipis dan ketahanan jangka hayat bateri kadangkala membantutkan segala urusan pengguna.

Ini semua bakal berubah apabila Acer Sales and Services Sdn. Bhd. memperkenalkan Aspire TimelineX 4820TG yang mempunyai reka bentuk nipis, berprestasi tinggi dan jangka hayat bateri lebih lama.

Gajet baru TimelineX boleh digunakan dalam tempoh lebih lama dengan prestasi tambahan sehingga 12 jam bergantung kepada penggunaannya. Ini semua dapat dilakukan melalui teknologi kuasa pintar hanya dengan menekan butang PowerSmart.

Teknologi PowerSmart dapat membantu memanjangkan jangka hayat bateri secara automatik dengan mengubahsuai tahap warna dan kecerahan komputer riba tersebut untuk memberi prestasi optimum.

TimelineX turut disokong oleh unit pemproses baru Intel Core i5 bagi prestasi yang diperlukan dan diadaptasikan kepada keperluan pengguna.

Ia amat sesuai digunakan dalam aplikasi grafik terkini, multimedia definisi tinggi (HD), sistem audio Dolby Home Theater. Peminat permainan video, pencinta muzik dan filem pasti akan merasai kepuasan apabila menggunakan komputer riba ini.

Dalam pada itu, pengguna yang menggunakan TimelineX dapat mengurangkan 66 peratus tenaga elektrik apabila bateri dicas penuh kerana bekalan elektrik akan diputuskan sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga dan tekanan ke atas bateri.

PAPAN kekunci menarik dan kerangka aluminium hitam menjadikan komputer TimelineX memenuhi cita rasa pengguna.


Reka bentuk menarik dan terkini, bahkan gajet seberat 2.2 kilogram (kg) serta mempunyai ketebalan 24 milimeter (mm) mudah dibawa ke mana-mana sahaja khususnya bagi mereka yang sentiasa mengembara untuk menghadiri mesyuarat atau melakukan urus niaga.

Pengurus Besar Acer Sales and Services, Ricky Tan berkata, rangkaian TimelineX adalah susulan daripada Timeline yang dilancarkan pada Mei tahun lalu dengan jualan sebanyak 36,000 buah.

"Rangkaian TimelineX baru ini menawarkan prestasi, jangka hayat bateri lebih lama dan reka bentuk nipis yang mudah dibawa.

"Siri Timeline sebelum ini, digunakan oleh ramai pengguna Malaysia yang mahukan komputer riba yang mampu memenuhi keperluan mereka dari segi prestasi dan reka bentuk. Oleh itu, TimelineX selari dengan aliran dan kehendak pasaran yang sentiasa berubah," katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya menjangka pengenalan TimelineX dapat mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama komputer riba paling digemari di Malaysia. Kita menjangka penguasaan pasaran bagi komputer riba bertambah pada tahun ini.

TimelineX yang mempunyai penampilan kemas dengan kerangka luaran berwarna aluminium hitam didatangkan pada harga RM2,999. Maklumat lanjut mengenai gajet berkenaan boleh melayari laman webwww.acer.com.my.


Sumber dari Kosmo.. http://www.kosmo.com.my/



by,

Thursday 13 May 2010

Perbezaan GeForce Dan Radeon

Entry kali ini menerangkan perbezaan antara grafik kad jenis GeForce dan Radeon. Berikut adalah perbezaan antara kedua-dua jenis grafik kad tersebut :







Graphics Card Hierarchy Chart
GeForceRadeon

Discrete: HD 5970
Discrete: GTX 295, GTX 480Discrete: HD 4870 X2

Discrete: HD 5870
Discrete: GTX 470Discrete: HD 4850 X2
Discrete: GTX 280, GTX 285 Discrete: HD 5850
Discrete: 9800 GX2, GTX 260, GTX 275 Discrete: HD 4870, HD 4890, HD 5770, HD 5830
Mobility: HD 5870
Discrete: 8800 Ultra, 9800 GTX, 9800 GTX+, GTS 250 Discrete: HD 3870 X2, HD 4850, HD 5750
Mobility: HD 4850, HD 5850
Discrete: 8800 GTX, 8800 GTS 512 MB
Go (mobile): GTX 280M, GTX 285M
Discrete: HD 4770
Mobility: HD 4860
Discrete: 8800 GT 512 MB, 9800 GT
Go (mobile): 9800M GTX, GTX 260M (112), GTS 360M (GDDR5)
Discrete: HD 4830, HD 5670
Mobility: HD 5770, HD 5750
Discrete: 8800 GTS 640 MB, 9600 GT, GT 240 (GDDR5)
Go (mobile): 9800M GTS, GTX 160M
Discrete: HD 2900 XT, HD 3870
Discrete: 8800 GS, 9600 GSO, GT 240 (DDR3)
Go (mobile): GTX 260M (96), GTS 150M, GTS 360M (DDR3)
Discrete: HD 3850 512 MB, HD 4670, HD 5570
Mobility: HD 3870, HD 5730, HD 5650
Discrete: 8800 GT 256 MB, 8800 GTS 320 MB, GT 220
Go (mobile): 8800M
Discrete: HD 2900 PRO, HD 3850 256 MB
Mobility: HD 3850





















































































































by,


























































































































































































Saturday 1 May 2010

Switch

Contoh Switch dalam rangkaian

Switch merupakan sebuah peranti yang terdapat dalam rangkaian komputer. Switch secara fizikalnya berbentuk seperti kotak dari berbagai saiz. Ia mempunyai beberapa bilangan penyambung female RJ45 yang dikenali sebagai port. Setiap penyambung ini direka bentuk supaya boleh memuatkan satu kabel pasangan terpiuh (twisted pair) melalui penyambung male RJ45.

Pemasangan kabel pada Switch

Switch digunakan dalam rangkaian ethernet yang menggunakan kabel jenis UTP. Switch adalah titik penyambungan di antara stesen dengan stesen dan di antara stesen dengan pelayan.


by,