Wednesday 10 August 2011

Nvidia GeForce 580



Nvidia memperkenalkan beberapa graphic card terbaik untuk resolusi gambar ketika bermain game iaitu GeForce 500 series.

Diantara beberapa 500 series yang diperkenalkan oleh Nvidia, yang terbaik pada ketika ini adalah GeForce 580. Graphic card jenis ini merupakan yang pertama kali menggunakan chip yang berdasarkan pada senibina Fermi terbaru. Terdapat 16 kelompok aliran Multiprosesor dan semua controller memiliki memori 64-bit.

GeForce 580 juga sesuai untuk permainan 3D, SLI, dan Physx. Pada game 3D ia akan meningkatkan frame rate, sehingga menghasilkan kecepatan yang lebih tinggi dalam bermain game 3D. Kemudian SLI (Scalable Link Interface, merupakan sebuah aplikasi pengolahan paralel untuk komputer grafik, iaitu untuk meningkatkan kekuatan pemprosesan yang tersedia untuk grafik. Sementara Physx, suatu gambar(effect) yang terlihat lebih realiti dengan fragmen yang terbang di seluruh tempat dalam cara-cara yang realistik.

Selain itu juga berupaya untuk DirectX 11 iaitu berkemampuan untuk high-end game Windows terbaru. GeForce 580 juga memperkenalkan Optimus yang merupakan teknologi yang dapat menjaga daya tahan kuasa bateri pada laptop. Mulai saat ini laptop gaming high-end dengan grafik Nvidia akan menggunakan teknlogi ini.

"Optimus" merupakan suatu teknologi yang berguna untuk menjaga daya tahan bateri pada notebook, dengan menggunakan teknologi ini sebuah notebook dapat bertahan digunakan ketika membuka Facebook selama 3 sampai 5 jam.(berdasarkan kajian yang dilakukan)

Oleh itu, dengan menggunakan GeForce 580, kualiti gambar yang dihasilkan sangat jernih dan jelas serta tidak terjadi blur ketika anda sedang bermain game.


GeForce 580



by,